Panduan Temuduga Dpli J-QAF 12 Nov - 22 Nov 2012



Saya mendapat berita bahawa result peperiksaan DPLI-Mtest telah diumumkan pada 12 Oktober 2012.

Tahniah untuk yang berjaya dalam peperiksaan tersebut. Ini juga bermakna, surat panggilan temuduga DPLI J-QAF juga telah diterima atau boleh juga membuat semakan secara online disni.

Website: Semakan online temuduga DPLI J-QAF

Untuk makluman, temuduga kali ini, ianya berlangsung dari 12 Nov - 22 November 2012. Ya! Itulah hari yang bakal berlangsungnya temuduga DPLI J-QAF.

Dimaklumkan, pihak kerajaan memerlukan 13 ribu guru DPLI J-QAF untuk sekolah rendah! Ya, terdapat banyak kekosongan untuk diisikan. Ramai yang berpotensi untuk berjaya mendapatkan jawatan ini.

Buat yang dipanggil menghadiri temuduga nanti, saya ucapkan selamat berjaya. Buatlah persiapan
sebaiknya.

Jika anda ingin menjadikan persiapan anda lebih baik, satu panduan temuduga khas untuk DPLI J-QAF ada di pasaran. Satu panduan lengkap yang mampu membantu calon mempersiapkan diri dalam menghadapi temuduga kelak.


En. Kamarul Hizam telah menyediakan panduan lengkap buat calon yang ingin berjaya dalam temuduga tersebut. Layari http://www.kplij-qaf.com untuk mendapatkankanya.

Dah dapatkannya, study betul-betul. Insyallah persiapan yang dilakukan dengan baik bakal memberikan kejayaan buat anda.


Just Sharing what I've experienced...
Read more → Panduan Temuduga Dpli J-QAF 12 Nov - 22 Nov 2012

Resepi biskut mama carries


Kali ni nak share resepi biskut plak. Biskut mama carries. 1st time buat, alhamdulillah menjadi... ^_^. Dah jadi biskut wajib plak tiap-tiap raya mesti buat biskut mama carries ni.. heheh... dah 3 kali hari raya, tak lupa nak buat biskut nih..hohoho... jom layan resepi.. Next raya kalau ader rezeki boleh lah buat lagi.. (",)

BISKUT MAMA CARRIES
Sumber asal: myresipi.com/Lilydvalley

BAHAN-BAHAN ( 60-75 biji )

> 300gm mentega/marjerin
> 375gm tepung gandum
> 130gm tepung jagung
> 100gm gula icing
> 1/2 sudu teh esen vanila

UNTUK HIASAN

> 1 biji putih telur
> 100gm gula icing
> 1 sudu besar tepung jagung


CARA-CARA

1.  Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.

2. Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang.

3. Masukkan esen vanila.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.

5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart".

6. Sapukan HIASAN (sila lihat "HIASAN" di bawah) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek, gunakan penyunkil gigi.

7. Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah sahaja supaya hiasan tidak berwarna perang.


UNTUK HIASAN

1. Pukul putih telur hingga gebu. 

2. Masukkan gula & tepung. kacau sebati.

3. Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dengan pewarna atau emulco kegemaran.

4. Sapukan putih telur keatas biskut.

5. Lorekkan dengan adunan yang telah dicampur dengan pewarna/emulco.



TIPS HIASAN AGAR TIDAK RENGGANG

1. Sewaktu pukul putih telur dan gula, pukul sampai putih telur tersebut, kalau terbalikkan mangkuk, putih telur takkan terjatuh.
2. kemudian baru masukkan tepung. Hanya kacau perlahan sehingga rata. Tak perlu kacau kuat-kuat.

SELAMAT MENCUBA YER.. ^_^


Read more → Resepi biskut mama carries

Borang BR1M 2.0 permohonan baru


Pendaftaran Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) kini bermula. Daftar secara atas talian untuk urusan yang lebih mudah, cepat dan percuma. Pendaftaran dibuka sehingga 31 DISEMBER 2012. Jom isi borang... ^_^

Untuk kali ini, bukan sahaja untuk isi rumah yang boleh dapat, malah untuk individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas pun layak yer....

SYARAT KELAYAKAN

1. Isi rumah yang layak (RM500): 
          (i) Warganegara Malaysia;
          (ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah. Ianya merangkumi:
                     > Berkahwin;
                     > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
                     > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
          (iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.




2. Individu yang layak (RM250): 
          (i) Warganegara Malaysia;
          (ii) Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
                  > Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
     
Pemohon yang memenuhi syarat-syarat seperti diatas bolehlah mengisi borang secara online atau pun mengemukakan borang yang lengkap ke LHDN.

Borang online: https://ebr1m.hasil.gov.my/
Panduan mengisi secara online: Panduan Sistem Dalam Talian 
Borang Manual: Borang BR1M manual 

Penerima BR1M sebelum ini perlu mendaftar semula (Kemaskini Maklumat) jikalau bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah untuk membolehkan mereka menerima bantuan
***Permohonan yang berjaya sahaja yang boleh membuat tuntutan***





Read more → Borang BR1M 2.0 permohonan baru

[SPA] PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN KP27 - 03 NOVEMBER 2012

PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN KP27  - 03 NOVEMBER 2012


Kepada calon yang telah mendaftar permohonan Penolong Penguasa Imigresen KP27 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), boleh membuat Semakan Panggilan Peperiksaan tersebut disini.





Tahniah bagi yang berjaya menduduki peperiksaan Penolong Penguasa Imigresen yang akan dijalan kan pada 03 November 2012 (Sabtu).

Masih ada 5 hari untuk study bersungguh-sungguh bagi persediaan menghadapi peperiksaan ni ^_^.

Seperti peperiksaan jawatan-jawatan penolong lain, peperiksaan ini mempunyai DUA seksyen sahaja; iaitu:

Seksyen A – Pengetahuan am.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.

Peperiksaan ini penting untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai  dengan  kualiti  serta potensi  untuk dilantik sebagai  Penolong  Penguasa Imigresen, Gred KP27. Oleh itu, anda dinasihatkan tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.

Semasa hari peperiksaan anda perlu membawa:

1) surat panggilan menduduki peperiksaan.
2) Kad Pengenalan.
3) pensil 2B, pen dan pemadam lembut.
4) Peralatan yang difikirkan perlu (Kalkulator sama sekali tidak dibenarkan!!).

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan panduan dan contoh soalan, Infokerjaya Resources akan mengeluarkan pakej lengkap dan contoh soalan bermula 29 Oktober sehingga 02 November 2012 (5 hari sahaja). ^_^




Just Sharing what I've experienced...
Read more → [SPA] PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN KP27 - 03 NOVEMBER 2012

Resepi: Pau frozen versi 2



Bila tengok trafik, ramai jugak yang nk cari resepi pau frozen nih.. Jadinya saya bersemangat nak share resepi pau frozen versi ke 2.. Ke 2 lah sangatkan...hahahaha... Sebenarnya sama jer.. cuma tepung pau ker, hong kong ker, memang takde ha kat dapur.. so pakai jerlah tepung gandum.. pon gebu jugak hehehe... post sebelum ni kat sini... jom layan resepi...

Macam biasa jugak, inti memang feberet inti karipap.. hehehe... tu wajib ada... kali ni buat untuk sarapan pagi plak. cuti-cuti ari ahad nih, memang seronok selerakkan dapur...hehehe...
Bahan-Bahan


Bahan A:
450 gm special pow flour (Hong Kong). Saya guna Tepung Gandum
230 ml air
1 tbsp susu pekat manis
5 tsp yis segera - Mauripan


Banahn B:
300 gm special pow flour (Hong Kong). Saya guna Tepung Gandum
180 gm gula kastor
40 gm shortening
2 tbsp double baking powder (for pau). Guna baking powder biasa jer ^_^
1 tsp bread sorterner. Tak pernah letak coz takder kt umah..hehehe..


Bahan C - larutkan:
100 ml air
1/2 tsp ammonium carbonate. Saya gantikan dengan 1/4 tsp baking powder + 1/4 soda baking soda. Refer kt >>sini<<
sedikit garam. Lupa nak letak... hahaha... 


Bahan D:
Inti - ikut citerasa sendiri. Saya guna kaya dan inti karipap ^_^


Cara-caranya:


  1. Satukan A, uli hingga jadi doh yang licin. Kemudian rehatkan doh selama 30 minit (doh akan mengembang).
  2. Selepas 30 minit, campurkan A dengan B dan C. Uli hingga jadi doh yang licin (jika guna mixer; speed no. 2 selama 15-20 minit).
  3. Rehatkan dan biar doh mengembang sekali lagi selama 30 minit (doh pau ini sangat ringan).
  4. Bahagikan doh kepada bebola kecil (saya bahagikan kepada 20 gm tiap satu).
  5. Masukkan inti, bulat-bulatkan atau punjutkan.
  6. Rehatkan sekali lagi hingga kembang selama lebih kurang 10-15 minit.
  7. Kukus selama 5-7 minit dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu (saya kukus dengan api sederhana).
  8. Untuk frozen pau: setelah pau dikukus, biarkan hingga betul-betul sejuk. Kemudian bekukan secara individu (pastikan pau tidak melekat antara satu sama lain). Bila dah beku, keluarkan dari fridge dan terus pek (jumlah per pek terpulang.. pau tidak akan melekat antara satu sama lain). Selepas dipek, terus disimpan sejuk-beku.
  9. Cara mengukus frozen pau: Panaskan pengukus, terus kukus pau tanpa perlu 'defrost' (api sederhana).
Macam main uli-uli jerkan??  Insyaallah pau nih tetap sedap dan gebu jugak..hehehe...

Just sharing what I've experienced...


Read more → Resepi: Pau frozen versi 2

Hobi baru saya - akuarium ^_^




Hobi baru saya ialah akuarium!!!  Lepas balik dari rumah sedara, tengok akuarium dia cantik, rasa teruja plak nak ada akuarium..hahahaa.... sementara waktu nak berbuka pusa hari tu, sempat jugaklah bersihkan akuarium.. heheehe...

Nie aquascape ciptaan sendrik..hahaha.. setelah cuba-cuba meniru ADA scape... macam sama tapi tak serupa..huhuhuhu... ADA scape lagi cantik..




Yang ni plak anak ikan guppy baru berusia sebulan ^_^. Ada 7 ekor. Letak kat tepi balang kuih raya... Datang anak jiran, nak buat basuh tangan..hohohooo.... Tapi la nih dah tinggal 4 ekor jer... mati terkenyang kot.. kehkehkehkeh...


Just sharing what I've experienced... 

p/s: tengah tunggu guppy beranak lagi nih...  



Read more → Hobi baru saya - akuarium ^_^

Rujukan lengkap peperiksaan pegawai pembangunan masyarakat S41

Assalammualaikum....

Tahniah kepada calon yang berjaya mendapat tempat dalam Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 yang bakal dijalankan pada 15 September 2012. 



Anda tidak perlu risau walaupun SPA mengumumkan pemegang ijazah boleh memohon untuk jawatan gred 17 dan gred 27, ianya berita baik untuk pemegang ijazah kerana pesaing untuk pegawai pembangunan masyarakat hanyalah dari kalangan pemegang ijazah sahaja.

Ini bermakna bilangan calon adalah berkurangan berbanding gred 17 dan gred 27.

Tips untuk lulus mudah sahaja!
1 - Buat persediaan
2 - Hadir peperiksaan
3 - Jawab soalan

Untuk membuat persediaan, jawapannya ada  >>disini<<
atau klik banner dibawah.
Rujukan lengkap peperiksaan pegawai pembangunan masyarakat S41
E-book rujukan lengkap ini mengandungi contoh soalan bertulis serta jawapan dan juga tips-tips untuk lulus dalam peperiksaan pengawai pembangunan masyarakat S41.

E-book ini adalah TERHAD dan jualan akan dibuka sehingga 11 September sahaja. ^_^

Semoga Berjaya!! 

Read more → Rujukan lengkap peperiksaan pegawai pembangunan masyarakat S41

Betul ke bohong


Betul ke bohong episod   1 - Part 1 Part 2
Betul ke bohong episod   2 -Part 1 Part 2
Betul ke bohong episod   3 -Part 1
Betul ke bohong episod   4 - Part 1
Betul ke bohong episod   5 - Part 1
Betul ke bohong episod   6 - Part 1
Betul ke bohong episod   7 - Part 1
Betul ke bohong episod   8 - Part 1
Betul ke bohong episod   9 - Part 1
Betul ke bohong episod 10 - Part 1 Part 2
Betul ke bohong episod 11 - Part 1
Betul ke bohong episod 12 - Part 1
Betul ke bohong episod 13 -
Betul ke bohong episod 14 -

Sumber: http://jieazzmovie.net
Read more → Betul ke bohong

[SPA] PEPERIKSAAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41 - 15 SEPTEMBER 2012

PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41 - 15 SEPTEMBER 2012


Kepada calon yang telah mendaftar permohonan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), boleh membuat Semakan Panggilan Peperiksaan tersebut disini.





Tahniah bagi yang berjaya menduduki peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat yang akan dijalan kan pada 15 September 2012 (Sabtu).

Walaupun dalam bulan syawal, banyak rumah terbuka perlu dikunjungi, jangan dijadikan alasan untuk tidak study bersungguh-sungguh bagi persediaan menghadapi peperiksaan ni ^_^.

Seperti peperiksaan jawatan-jawatan lain, peperiksaan ini mempunyai empat seksyen iaitu:

Seksyen A – Pengetahuan am.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C – Esei Bahasa Melayu.
Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris.

Peperiksaan ini penting untuk mengukur kematangan pemikiran anda agar sesuai dengan kualiti serta potensi sebagai seorang  Pegawai Pembangunan Masyarakat . Oleh itu, anda dinasihatkan tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.

Semasa hari peperiksaan anda perlu membawa:

1) surat panggilan menduduki peperiksaan.
2) Kad Pengenalan.
3) pensil 2B, pen dan pemadam lembut.
4) Peralatan yang difikirkan perlu (Kalkulator sama sekali tidak dibenarkan!!).

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan panduan dan contoh soalan, Team TipsPTD akan mengeluarkan pakej lengkap dan contoh soalan bermula 5 September sehingga 11 September 2012. ^_^




Just sharing what I've experienced... 
Read more → [SPA] PEPERIKSAAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41 - 15 SEPTEMBER 2012

Resepi mee kari simple


Time awal-awal berpuasa, rasa teringin nak buat mee kari. Mujurlah office dekat jer dengan rumah. Balik kerja pukul 6 petang terus masuk dapur buat mee kari... heehe.. Dapat jugak makan mee kari buatan sendiri  untuk berbuka puasa walaupun cuma mee kari simple jerk... ^_^.

Resepi dapat dari periukbelangazarin.blogspot.com memang terbaik~~~ 

RESEPI MEE KARI
Untuk 2 - 4 orang

BAHAN KUAH   
> beberapa ketul ayam di potong kecil 
> 10 - 15 ekor udang, dibersihkan (tak letak udang)
> fish ball
> fish cake 
> 1 kotak santan di campur air sebanyak 1-2 cawan (ikut suka nak pekat mana ye!) 
> 1 paket kecil rempah kari daging/ayam baba’s  di campur sedikit air


BAHAN A
> 3 biji bawang merah, diblend 
> 2 ulas bawang putih, diblend 
> 1 batang kayu manis 
> 1 kuntum bunga lawang 
> 2 biji buah pelaga (tak letak jugak)
> 2 kuntum bunga cengkih
> 5 biji cili kering di blend bersama bawang putih dan bawang merah (nak pedas tambah cili kering lagi)
> 2 biji buah keras di tumbuk halus (tak letak jugak)


BAHAN LAIN
> 1 kg mee kuning, cuci, dan celur sekejap, toskan 
> Taugeh, dicelur sekejap 
> sawi di celur sekejap 
> taupok 
> Bawang goreng  
> Belahan limau kasturi


CARA CARA

1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan A sehingga harum.

2. Kemudian masukkan bahan-bahan rempah kari dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api perlahan.

3. Masukkan ayam, kacau rata dan biar kecut sekejap, masukkan udang dan kemudian masukkan santan biar hampir mendidih.

4. Masukkan fish cake dan fish ball.

5. Bila mendidih, masukkan garam dan rasa lah sedap ke tidak.


Bila nak makan nanti, tuangkan kuah ke atas mee yang telah di hias dengan taugeh, sawi, taupok dan bawang goreng. boleh perah limau kasturi kalau nak lagi sedap.. ^_^

Just sharing what I've experienced...

Read more → Resepi mee kari simple

Cara bayar zakat fitrah guna sms dan online


PEMBAYARAN MELALUI SMS

Atas inisiatif LZS dengan kerjasama pihak Celcom dan Maxis, para pelanggan talian mudah alih daripada kedua-dua pelanggan syarikat berkenaan boleh membuat bayaran zakat fitrah melalui SMS. Bayarannya akan dikreditkan terus ke akaun pembayar zakat (pasca bayar) atau dipotong terus daripada akaun prabayar (pre-paid) mereka.

Penggunaan kemudahan ini adalah PERCUMA. Berikut adalah kaedah membuat bayaran menggunakan SMS.


1. CELCOM : Taip FITRAH dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya.

2. Maxis : Taip *222*3# dan tekan DIAL serta ikuti arahan seterusnya.

Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat untuk tanggungan ataupun sebagai wakil. Resit bayaran zakat melalui SMS ini boleh dimuat turun dari laman berikut :

1. CELCOM di alamat http://mfitrah.celcom.net.my/mfitrah/
2. MAXIS di alamat http://www.maxis.com.my/mzakat/

Pembayaran hendaklah dibuat sebelum 18hb. Ogos 2012. Pembayaran hanya diterima sehingga 29 Ramadan 1433 Hijrah sehingga jam 6.00 petang sahaja untuk mengelakkan talian terlalu sibuk pada malam hari raya.

Sumber: www.e-zakat.com.my



PEMBAYARAN MELALUI AKAUN PERBANKAN INTERNET

Sila login ke akaun masing dan pilih zakat fitrah mengikut negeri masing masing

Maybank2u
CIMB
BankIslam

Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah seluruh Malaysia 2012 / 1433H.



LAFAZ ZAKAT FITRAH


Bagi Diri Sendiri
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku pada Tahun ini kerana Allah Taala’.

Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggungan pada Tahun ini kerana Allah Taala’.

Bagi Pihak
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi [Sebut nama bagi pihak] pada Tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala’.




WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH


1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya.

3.WAaktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan.

4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.

5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Sumber: http://www.e-zakat.com.my




Read more → Cara bayar zakat fitrah guna sms dan online

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan



Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,[1]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?[2]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.[3]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);[4]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar![5]
(Terjemahan Surah Al-Qadr ayat 1 - 5)

Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T. 

Oleh itu, umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut.

Lailatul Qadar juga adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya.

Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

p/s: ♥~ ShArInG iS CaRiNg ~♥





Read more → Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan

Resepi: Tart telur ( egg tarts )

TART TELUR ( EGG TARTS )

RESEPI TART TELUR (EGG TART)
Permintaan Luqman-collections

Bahan Pastri:

。100gm Butter*
。100gm Magerin*
。80gm Gula ising*
。60gm Telur ( telur gred A )
。400gm Tepung gandum ( Lebih sedap guna tepung red rose)

Cara-cara:

1. Campurkan kesemua bahan yang bertanda * dan pukul hingga kembang dan ringan.

2. Setelah kembang, masukkan telur dan pukul sederhana sahaja sehingga sebati.

3. Masukkan tepung dan gaul sehingga mnjadi doh.

4. Tekankan doh ke dalam acuan tart dan buangkan lebihan yang terkeluar dari acuan.

5. Cucuk ditengah-tengah dengan garfu supaya apabila dibakar, ia tidak mengelembung.

6. Bakar dalam suhu 150C selama 10 - 15 minit. ( Jangan kekuningan keemasan sangat sebab nak dibakar lagi.)

7. Keluarkan dari acuan. 


Bahan filling:

。240gm Telur
。80gm Gula castor
。150gm Susu segar
。80gm Air
。1/4 sudu teh Garam
。1/4 sudu teh Serbuk Vanila ( cecair pon boleh )
。10gm Tepung Custard


Cara-cara:

Campurkan semua bahan dan tuangkan kedalam pastri dan bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga filling masak dengan suhu 160C.


p/s: kepanasan suhu adalah mengikut kesesuaian oven masing2 yer... 

Just sharing what I've experienced... 
Read more → Resepi: Tart telur ( egg tarts )

[UPDATE] Rujukan lengkap Peperiksaan Akauntan gred W41 - 4 Ogos 2012

Assalammualaikum....


Tahniah kepada yang calon yang berjaya mendapat tempat dalam Peperiksaan Akauntan W41 yang bakal dijalankan pada 4 Ogos 2012. 


Bagi yang mencari-cari pakej rujukan lengkap dan contoh soalan untuk persediaan exam tersebut bolehlah dapatkan >>disini<<


Jualan akan dibuka sehingga 1 Ogos sahaja. ^_^


Semoga berjaya dan Selamat berpuasa... 
Read more → [UPDATE] Rujukan lengkap Peperiksaan Akauntan gred W41 - 4 Ogos 2012

[TUTORIAL] Facebook comment untuk blogspot



Lama dah tak buat tutorial. disebabkan banyak kali gagal buat facebook comment, so saya nak share yang saya dah berjaya buat seperti yang diinginkan... ^_^

Jom follow step by step insyaallah tidak mengecewakan [macam ayat jual barang..hehehe..]

p/s: Jangan lupa save dulu coding template asal yer untuk keselamatan ^_^.

[TUTORIAL] Facebook comment untuk blogspot

STEP 1
Hide kan comment yang sedia ada.

Setting => Posts and Comment => comment Location: "hide" => Save


STEP 2
Create facebook app.


  1. Tekan +Create New App disebelah kanan atas

  2. Nama aplikasi pilihan yang belum pernah digunakan.

  

 3. Taipkan text security.

 
 
 4. Copy App ID ke dalam notepad => masukkan App domain "blogspot.com" => masukkan url blog dalam website with facebook login =>save


STEP 3
Masukkan code aplikasi kedalam template HTML

1. Pergi ke Template => edit HTML => tandakan expand widget templates.

2. Tekan CTRL+F dan cari kod dibawah.

<head>
3. Pastekan link dibawah selepas perkataan <head> dan gantikan YOUR_FACEBOOK_APPLICATION_ID dengan App ID yang telah di copy pada STEP 2 seperti dalam gambar.

<meta content='YOUR_FACEBOOK_APPLICATION_ID'   property='fb:app_id'/>



4. Tekan CTRL+F dan cari salah satu kod dibawah.

<div class='post-footer-line post-footer-line-3'>

kalau tak jumpa boleh cari yang ni:

<p class='post-footer-line post-footer-line-3'>

kalau takde jugak boleh cari yang ni:

<data:post.body/>

5. Paste kan kod dibawah selepas salah satu kod yang ada kat atas.
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<div id="fb-root"></div>
<script>(function(d){
 var js, id = 'facebook-jssdk'; if (d.getElementById(id)) {return;}
 js = d.createElement('script'); js.id = id; js.async = true;
 js.src = "//connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1";
 d.getElementsByTagName('head')[0].appendChild(js);
}(document));</script>
<fb:comments width='450' colorscheme='light' expr:title='data:post.title' expr:href='data:post.canonicalUrl' expr:xid='data:post.id'/>
</b:if>


5. Tekan CTRL+F cari <html
Tambahkan kod dibawah seperti dalam gambar.

xmlns:fb="https://www.facebook.com/2008/fbml"

STEP 4
Klik >>disini<< untuk Setting comment.
Setting => Moderation mode => tick kan pada "Let me approve each comment before it appears." seperti dalam gambar.


STEP 5
Untuk paparan facebook comment, tekan CTRL+F, cari kod dibawah.

<data:post.body/>
Letakkan kod dibawah selepas kod diatas dan klik save template.


<b:if cond='data:post.isFirstPost'>
<script>(function(d){
 var js, id = 'facebook-jssdk'; if (d.getElementById(id)) {return;}
 js = d.createElement('script'); js.id = id; js.async = true;
 js.src = "//connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1";
 d.getElementsByTagName('head')[0].appendChild(js);
}(document));</script>
</b:if>
<a expr:href='data:post.url + "#fb-root"'><fb:comments-count expr:href='data:post.canonicalUrl'></fb:comments-count> comments</a>


Dah siap... Boleh lah test untuk tengok hasilnya.. ^_^

Just sharing what I've experienced... 
Read more → [TUTORIAL] Facebook comment untuk blogspot

Resepi: Simple beef steak dan sos lada hitam (blackpapper source)


RESEPI SIMPLE BEEF STEAK
Sumber Asal: My Resipi/dee iman

Bahan Perap:
。 4 - 5 keping daging steak @ daging batang pinang dipotong sekepin-sekeping.
。 2 sudu besar lada hitam biji *
。 1 inci halia *
。 5 ulas bawang putih *
。 2 sudu besar sos tiram
。 3 sudu besar kicap pekat
。 1 sudu kecil garam
。 4 - 5 sosej - jika suka


Cara-cara:

1. Bersihkan daging dan toskan.

2. Kisar bahan-bahan bertanda * dan campurkan dengan bahan perap yang lain. cucuk-cucuk daging dan sosej dengan garfu. Perap daging dan sosej bersama bahan perap selama semalaman.

3. Bakar daging dan sosej yang telah diperap sehingga masak (letakkan sebekas air di dalam oven untuk memastikan isi daging tidak terlalu keras selepas dibakar).


SOS LADA HITAM (BLACK PAPPER SOUCE)
Sumber: www.potretkasih.com

Bahan-bahan:

。 1 labu bawang besar ( potong dadu)
。 1 sudu besar mentega
。 2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
。 1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
。 3 sudu besar sos tiram
。 1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
。 1 sudu makan sos tomato atau sos chili
。 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
。 1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
。 Sedikit garam


Cara cara:

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.

2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.

3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan bersama beef steak dan sosej.

Just sharing what I've experienced...
Read more → Resepi: Simple beef steak dan sos lada hitam (blackpapper source)

[SPA] Peperiksaan Akauntan gred W41 - 4 Ogos 2012

AKAUNTAN W41 - 4 OGOS 2012




Kepada calon yang telah mendaftar permohonan Jawatan Akauntan gred W41 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), boleh membuat Semakan Panggilan Peperiksaan tersebut disini.





Tahniah bagi yang berjaya menduduki peperiksaan Akauntan yang akan dijalan kan pada 4 Ogos 2012 (Sabtu).


Walaupun dalam bulan puasa yang agak meletihkan, jangan dijadikan alasan untuk tidak study bersungguh-sungguh bagi persediaan menghadapi peperiksaan ni ^_^.


Seperti peperiksaan jawatan-jawatan lain, peperiksaan ini mempunyai empat seksyen iaitu:


Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris


Peperiksaan ini penting untuk mengukur kematangan pemikiran anda agar sesuai dengan kualiti serta potensi sebagai seorang akauntan gred W41. Oleh itu, anda dinasihatkan tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.


Semasa hari peperiksaan anda perlu membawa:


1) surat panggilan menduduki peperiksaan.
2) Kad Pengenalan.
3) pensil 2B, pen dan pemadam lembut.
4) Peralatan yang difikirkan perlu (Kalkulator sama sekali tidak dibenarkan!!).


Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan panduan dan contoh soalan, Team TipsPTD akan mengeluarkan pakej lengkap dan contoh soalan bermula 25 Julai sehingga 31 Julai 2012. ^_^


Just sharing what I've experienced... 







Read more → [SPA] Peperiksaan Akauntan gred W41 - 4 Ogos 2012

15 strategi pemasaran menggunakan facebook (FB)


ANDA PENIAGA???
MAHU MENJUAL?
ANDA WAJIB GUNAKAN FACEBOOK!!!

DAPATKAN 15 STRATEGI PENGGUNAAN FACEBOOK SEBAGAI MEDIUM PEMASARAN YANG BERKESAN

SECARA PERCUMA!!




 Just sharing what I've experienced... 


Read more → 15 strategi pemasaran menggunakan facebook (FB)

t-shirt muslimah [batch 1]



T-Shirt Muslimah only RM40.00/pcs
Exclude postage
Jika berminat boleh buat tempahan melalui FB   zaraizzah.com


NO. CODE: 4A-04
AVAILABLE SIZE: L 


NO. CODE: 4S-01
AVAILABLE SIZE: M & L 


NO. CODE: 4S-02
AVAILABLE SIZE: M & L 


NO. CODE: 4S-04
AVAILABLE SIZE: M & L 


Jika berminat boleh buat tempahan melalui FB   zaraizzah.com


Read more → t-shirt muslimah [batch 1]