Pendaftaran Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) kini bermula. Daftar secara atas talian untuk urusan yang lebih mudah, cepat dan percuma. Pendaftaran dibuka sehingga 31 DISEMBER 2012. Jom isi borang... ^_^
Untuk kali ini, bukan sahaja untuk isi rumah yang boleh dapat, malah untuk individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas pun layak yer....
SYARAT KELAYAKAN
1. Isi rumah yang layak (RM500):
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah. Ianya merangkumi:
> Berkahwin;
> Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
> Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.
2. Individu yang layak (RM250):
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
> Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
Pemohon yang memenuhi syarat-syarat seperti diatas bolehlah mengisi borang secara online atau pun mengemukakan borang yang lengkap ke LHDN.
Borang online: https://ebr1m.hasil.gov.my/
Panduan mengisi secara online: Panduan Sistem Dalam Talian
Borang Manual: Borang BR1M manual
Penerima BR1M sebelum ini perlu mendaftar semula (Kemaskini Maklumat) jikalau bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah untuk membolehkan mereka menerima bantuan
***Permohonan yang berjaya sahaja yang boleh membuat tuntutan***