Showing posts with label kukus. Show all posts
Showing posts with label kukus. Show all posts

Resepi Kek Velvet Pelangi Kukus

Kek Velvet Pelangi Kukus

Waaahh... rajin nak update entri pasal resepi... Nampak sangatkan sedang rajin memasak di dapur.. lalalaa~~~

Selain dari try resepi-resepi oleh Mat Gebu. Resepi-resepi yang best dan mudah boleh try resepi-resepi dari kak Fida Myresipi memang tak mengecewakan... Jom layan resepi nih.. mudah je nak buat ^_^

RESEPI KEK VELVET PELANGI KUKUS
Sumber: Kak Fida Myresipi


BAHAN-BAHAN
( loyang 9x6x3 / 8 inc )

# 4 biji telur - A yang sejuk dr petiais
# 3/4 cawan gula halus/perang (180g)
# 1 1/2 cawan tepung gandum (180g) - diayak
# 3/4 sk baking powder
# 1/2 sb penuh ovallete
# 1/4 sk garam
# 7 1/2 sb susu sejat (120g)
# 1 sk esen vanilla
# 1/3 cawan minyak jagung/mentega cair (80g)
# 3 atau 4 pewarna pilihan


CARA MEMBUATNYA

  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris.
  2. Satukan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk mixer kecuali minyak dan pewarna dan pukul hingga kembang. (saya pukul telur dan gula dulu, baru campur bahan-bahan lain..)
  3. Masukkan minyak dan kacau perlahan2 hingga adunan sebati.
  4. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna-warna pilihan.
  5. Bubuh adunan berselang-seli warna ke dalam loyang hingga habis. (tapi saya tak buat macam tu.. baca pesanan penaja kat bawah ^_^)
  6. Tutup loyang dengan alum. foil yang digris dan kukus selama 45 min. atau hingga kek masak.
  7. Buka segera alum. foil tadi dan biar kek di dalam loyang 5-10 min dan terbalikkan atas redai kek untuk disejukkan.
  8. Setelah sejuk, potong dan hidangkan.

Pesanan Penaja~~

* Saya kukus selapis-selapis... Selapis ambil masa dalam 15min.


Just sharing what I've experienced...
Read more → Resepi Kek Velvet Pelangi Kukus

Resepi: Pau frozen versi 2



Bila tengok trafik, ramai jugak yang nk cari resepi pau frozen nih.. Jadinya saya bersemangat nak share resepi pau frozen versi ke 2.. Ke 2 lah sangatkan...hahahaha... Sebenarnya sama jer.. cuma tepung pau ker, hong kong ker, memang takde ha kat dapur.. so pakai jerlah tepung gandum.. pon gebu jugak hehehe... post sebelum ni kat sini... jom layan resepi...

Macam biasa jugak, inti memang feberet inti karipap.. hehehe... tu wajib ada... kali ni buat untuk sarapan pagi plak. cuti-cuti ari ahad nih, memang seronok selerakkan dapur...hehehe...
Bahan-Bahan


Bahan A:
450 gm special pow flour (Hong Kong). Saya guna Tepung Gandum
230 ml air
1 tbsp susu pekat manis
5 tsp yis segera - Mauripan


Banahn B:
300 gm special pow flour (Hong Kong). Saya guna Tepung Gandum
180 gm gula kastor
40 gm shortening
2 tbsp double baking powder (for pau). Guna baking powder biasa jer ^_^
1 tsp bread sorterner. Tak pernah letak coz takder kt umah..hehehe..


Bahan C - larutkan:
100 ml air
1/2 tsp ammonium carbonate. Saya gantikan dengan 1/4 tsp baking powder + 1/4 soda baking soda. Refer kt >>sini<<
sedikit garam. Lupa nak letak... hahaha... 


Bahan D:
Inti - ikut citerasa sendiri. Saya guna kaya dan inti karipap ^_^


Cara-caranya:


  1. Satukan A, uli hingga jadi doh yang licin. Kemudian rehatkan doh selama 30 minit (doh akan mengembang).
  2. Selepas 30 minit, campurkan A dengan B dan C. Uli hingga jadi doh yang licin (jika guna mixer; speed no. 2 selama 15-20 minit).
  3. Rehatkan dan biar doh mengembang sekali lagi selama 30 minit (doh pau ini sangat ringan).
  4. Bahagikan doh kepada bebola kecil (saya bahagikan kepada 20 gm tiap satu).
  5. Masukkan inti, bulat-bulatkan atau punjutkan.
  6. Rehatkan sekali lagi hingga kembang selama lebih kurang 10-15 minit.
  7. Kukus selama 5-7 minit dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu (saya kukus dengan api sederhana).
  8. Untuk frozen pau: setelah pau dikukus, biarkan hingga betul-betul sejuk. Kemudian bekukan secara individu (pastikan pau tidak melekat antara satu sama lain). Bila dah beku, keluarkan dari fridge dan terus pek (jumlah per pek terpulang.. pau tidak akan melekat antara satu sama lain). Selepas dipek, terus disimpan sejuk-beku.
  9. Cara mengukus frozen pau: Panaskan pengukus, terus kukus pau tanpa perlu 'defrost' (api sederhana).
Macam main uli-uli jerkan??  Insyaallah pau nih tetap sedap dan gebu jugak..hehehe...

Just sharing what I've experienced...


Read more → Resepi: Pau frozen versi 2