Resepi: Pau frozen versi 2



Bila tengok trafik, ramai jugak yang nk cari resepi pau frozen nih.. Jadinya saya bersemangat nak share resepi pau frozen versi ke 2.. Ke 2 lah sangatkan...hahahaha... Sebenarnya sama jer.. cuma tepung pau ker, hong kong ker, memang takde ha kat dapur.. so pakai jerlah tepung gandum.. pon gebu jugak hehehe... post sebelum ni kat sini... jom layan resepi...

Macam biasa jugak, inti memang feberet inti karipap.. hehehe... tu wajib ada... kali ni buat untuk sarapan pagi plak. cuti-cuti ari ahad nih, memang seronok selerakkan dapur...hehehe...
Bahan-Bahan


Bahan A:
450 gm special pow flour (Hong Kong). Saya guna Tepung Gandum
230 ml air
1 tbsp susu pekat manis
5 tsp yis segera - Mauripan


Banahn B:
300 gm special pow flour (Hong Kong). Saya guna Tepung Gandum
180 gm gula kastor
40 gm shortening
2 tbsp double baking powder (for pau). Guna baking powder biasa jer ^_^
1 tsp bread sorterner. Tak pernah letak coz takder kt umah..hehehe..


Bahan C - larutkan:
100 ml air
1/2 tsp ammonium carbonate. Saya gantikan dengan 1/4 tsp baking powder + 1/4 soda baking soda. Refer kt >>sini<<
sedikit garam. Lupa nak letak... hahaha... 


Bahan D:
Inti - ikut citerasa sendiri. Saya guna kaya dan inti karipap ^_^


Cara-caranya:


  1. Satukan A, uli hingga jadi doh yang licin. Kemudian rehatkan doh selama 30 minit (doh akan mengembang).
  2. Selepas 30 minit, campurkan A dengan B dan C. Uli hingga jadi doh yang licin (jika guna mixer; speed no. 2 selama 15-20 minit).
  3. Rehatkan dan biar doh mengembang sekali lagi selama 30 minit (doh pau ini sangat ringan).
  4. Bahagikan doh kepada bebola kecil (saya bahagikan kepada 20 gm tiap satu).
  5. Masukkan inti, bulat-bulatkan atau punjutkan.
  6. Rehatkan sekali lagi hingga kembang selama lebih kurang 10-15 minit.
  7. Kukus selama 5-7 minit dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu (saya kukus dengan api sederhana).
  8. Untuk frozen pau: setelah pau dikukus, biarkan hingga betul-betul sejuk. Kemudian bekukan secara individu (pastikan pau tidak melekat antara satu sama lain). Bila dah beku, keluarkan dari fridge dan terus pek (jumlah per pek terpulang.. pau tidak akan melekat antara satu sama lain). Selepas dipek, terus disimpan sejuk-beku.
  9. Cara mengukus frozen pau: Panaskan pengukus, terus kukus pau tanpa perlu 'defrost' (api sederhana).
Macam main uli-uli jerkan??  Insyaallah pau nih tetap sedap dan gebu jugak..hehehe...

Just sharing what I've experienced...