Resepi karipap Roti

resepi karipap roti
Karipap Roti

Ni dia karipap roti... Mudah je nak buat... tak payah nak uli-uli tepung bagai.. heheh... Dah lama nak buat karipap ni. Dari bulan puasa haritu. Tapi takde masa nak buat.. hehe.. bulan puasa sebuk menjahit baju-baju peplum baby, tempahan untuk pakai raya.. hihi.. Kalau nak tempah peplum baby, boleh lah PM kt page FB ye. Klik je >>kat sini<< ( promosi sikit ^_^).

Jom layan resepi karipap roti yang mudah ni. 1 buku roti pon tak cukup.. heheh..

RESEPI KARIPAP ROTI

BAHAN-BAHAN


  • 1 Buku roti potong ( saya beli yang panjang, sebab ramai )
  • Inti kentang - Resepi kat bawah ( boleh ganti sardin kalau suka sardin )
  • Acuan karipap - Acuan yang besar ye... kang kecik membazir roti nanti..hihihi..
  • Minyak masak - untuk menggoreng
CARA MEMBUATNYA

  1. Lenyekkan roti. Tujuannya agar tak serap minyak semasa menggoreng.
  2. Letak roti kat tengah-tengah acuan. Macam nak buat karipap tu.
  3. Letak inti kentang kat tengah-tengah roti. Pastikan inti tak terkeluar dari klim karipap tu ye. Nanti roti mudah terbukak.
  4. Tutup acuan, tekan sikit kat bahagian atas klim acuan tu.


INTI KENTANG

  • 8 biji kentang, dipotong kiub
  • 1 biji bawang besar, dipotong halus
  • 2 ulas bawang putih, dipotong halus 
  • Daging kisar-ikut suka brape banyak nak guna (Tak letak pun takpe)
  • Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( boleh ganti ikan bilis. Nak mudah pakai kiub ikan bilis atau kiub ayam )
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus 

CARA MASAK INTI KENTANG

  1. Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus.
  2. Masukkan udang kering , tumiskan lagi sebentar dan masukkan kentang dan daging kisar.
  3. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam kentang.
  4. Masakkan sehingga kentang lembut. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api.

Selamat Menjamu Selera ^_^
Read more → Resepi karipap Roti

Salam Aidilfitri 2014/1435H

salam aidilfitri 2014/1435h

Lama tak update blog... nk buat review pun ala-ala takde masa... hehehe... Busy sepanjang bulan ramadhan ^_^. Baju raya pun siap pagi raya.. sadis kan hehe... tapi puas hati sebab baju raya tahun ni jahit sendiri.. ^_^.

Raya tahun ni luar biasa dari kebiasaan.. sebab kami raya kt Hotel Sri Malaysia Bagan Lalang... Dari pada tiap-tiap hari raya, tidur kat rumah, lebih baik tidur kat hotel.. kan..kan.. confirm2 tiap pintu ada orang.. hehee.. dari berhari raya kat KL, jiran-jiran pun balik kampung... huhuhu...

salam aidilfitri 2014
Dipagi Raya sebelum bertolak ke hotel

salam aidilfitri 2014
Dipagi raya sebelum bertolak ke hotel

salam aidilfitri 2014 - rumah api bukit jugra
Singgah kejap kat rumah api bukit jugra

salam aidilfitri 2014 - Sri Malaysia Bagan Lalang
Kat laman Sri Malaysia Bagan Lalang

salam aidilfitri 2014
Raya ke 2 BBQ kat rumah


Raya Ke 2 BBQ kat rumah

Tak banyak sangat ambik gambar, sebab lebih mengutamakan aktiviti tidur dan makan menu hari raya.. hehehe...

Raya ke 6 barulah kami balik kampung berhari raya ke rumah saudara mara kat sungai besar kampung nan tercinta ^_^

Salam Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin  




Read more → Salam Aidilfitri 2014/1435H

Tak Percaya Dengan Groupon

groupon

Selalu beli voucher makanan groupon je... memang berbaloi la... Paling best beli voucher makan nasi arab kat Tareem Hadramawt Kajang makan 1 family. Beli voucher makanan mudah je. Beli & print voucher. Dah boleh tebus voucher. Memang puas hati.. hihihi...

Kalau beli barang macam mana plak ye?
Boleh percaya ke groupon nih?
Sampai ke tak barang yang dibeli?

Jeng jeng jeng.... 1st time shopping kat groupon, beli Mop nih, memang sampai dalam tempoh 10 hari. ^_^ Sangat mengujakan!! terus mop 1 rumah. Kat tangga pun mudah nak mop. Tak payah nk angkut baldi bagai.. hehehe... Cuma mood nak mengemop tu, semoga di kekalkan kerajinannya ye =.='

groupon
kilat kan lantai rumah saya ^_^

Makanya... jom lah shopping kat groupon.. heheh... 

p/s: Tengah tunggu Maggie Hot Cup Goreng plak ^_^

Read more → Tak Percaya Dengan Groupon

Resepi Pop Corn Homemade Mudah



POP..POP..POP!!
Punyelah teruja dengar bunyi pop pop tuh.. hahaha... lagi-lagi bila tutup kuali tu transparent. Nampaklah dia meletup-letup dalam kuali... teruja okey!! ^_^

So tak payah dah beli pop corn kat luar. Boleh buat sendiri dan makan sambil tengok TV tanpa berhenti mengunyah.. hahaha...

1 paket biji jagung tu boleh dapan berbalang-balang pop corn yang boleh di buat dengan bermacam-macam warna ye... Harga pun cuma RM3.45 je pun (ikut berat). Memang syok~~~

Jom layan resepi pop corn simple nih. Mudah je... 10 min je boleh siap ^_^.


RESEPI POP CORN HOMEMADE MUDAH
Sumber: Blog Mat Gebu


BAHAN-BAHAN
  • 1/3 cawan jagung popcorn
  • 1 camca besar mentega
  • 2 1/2 camca besar minyak masak


BAHAN KARAMEL
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1 camca besar air
  • 1 camca besar mentega


CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak dalam periuk bersaiz besar. Saya pakai kuali yang ada tutup transparent. Macam kat dalam gambar. Masukkan mentega dan biar mentega cair, kacau rata. Letak sebiji jagung popcorn, bila jagung tu kembang, tu tanda dah ok. Masukkan kesemua jagung popcorn, kacau rata dan tutup periuk.
  2. Goncang perlahan dan nanti korang akan dengar bunyi jagung meletup-meletup dalam periuk. Pastikan keterujaan korang tak membuatkan korang bukak tudung periuk ye!!. Biar hingga senyap, bukak tudung periuk dan tuang popcorn dalam bekas lain. Ketepikan sekejap.
  3. Sediakan kuali, masukkan gula pasir dan air, masak dengan api kecil hingga gula mencair, kacau hingga sebati. Masukkan mentega dan kacau rata hingga karamel bertukar perang. Masukkan popcorn dan gaul hingga rata. Guna api kecil.
  4. Bila karamel dah bersalut pada keseluruhan popcorn, matikan api dan alih ke dalam loyang. Ratakan dan biar sejuk. Kemudian lerai-leraikan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara. Bolehlah makan pada bila-bila masa korang suka.



Pop Corn saya warna biru! ^_^

Selamat Mencuba Ye......... ^_^


Read more → Resepi Pop Corn Homemade Mudah

Resepi spaghetti bolognese simple


Dah lama tak update blog. Tapi bukan bermakna dah lama tak masak ye ^_^. Cuma ter-busy sikit je. Gambar je duk terperap dalam handphone. huhi~~

Kali nih saya masak spaghetti plak. Ni bukan 1st cubaan tapi dah masak dua tiga kali jugaklah.... yang sebelum-sebelum ni tak sempat nak snap gambar sebab dah lapar sangat.. hahaha...

Jom layan resepi. Saya masak ikut apa ada kat dapur je. So rupa dia agak lain dari resepi yang di ambil. hehehe...


RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE SIMPLE

BAHAN-BAHAN (5-6 ORANG)

  • 1 paket spaghetti
  • sedikit minyak zaitun - Tambah untuk spaghetti nampak cantik.
  • 500 g daging cincang
  • 250 g tomato puri
  • 250 g sos tomato - Takde sos tomato, ganti sos cili hehe... jnji ado sos... sos lada hitam je jangan guna :P
  • 6 ulas bawang merah (dicincang halus)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 biji tomato (dihiris nipis)
  • 1/2 biji lobak merah (dipotong dadu) - Tak letak, sebab takde
  • 3-4 biji cendawan butang (dipotong dadu)  - Tak letak, sebab takde
  • 1 cawan air
  • 1 senduk susu segar - Takde jugak, ganti ngan susu tepung + air 1 senduk
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • Oregano atau Italian herbs - Guna oregano
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis
  • Bebola daging (meatball) - Tambah sendrik ^_^


CARA MEMBUATNYA

  1. Untuk spaghetthi, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam dan minyak zaitun. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
  2. Untuk bebola daging, panggang dalam pemanggang ajaib. Mudah, tak perlu guna minyak.
  3. Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  4. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.
  5. Masukkan tomato, lobak merah dan cendawan butang (jika ada, sebab saya takde bahan nih... hehehe...). Goreng sehingga sayur lembut.
  6. Masukkan tomato puri, sos tomato (ganti dengan sos cili), air dan susu. Kacau hingga sekata.
  7. Masukkan oregano/Italian herbs dan stok daging lembu (optional).
  8. Kalau tak cukup masin, tambahkan garam.
  9. Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
  10. Siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba Ye......... ^_^


Read more → Resepi spaghetti bolognese simple