Assalammualaikum....
Pergghhhhh!!! Lama gile tak tengok blog nih.... Finally rasa macam nak update!! kehkehkeh.... Kali ni nak share resepi lagi. Pau Frozen.. memang seddaappp!!! . Malas nak cerita banyak, jom layan resipi... ^_^
Resepi asal boleh tengok >>disini<< Dibawah resepi yang telah diubah mengikut bahan yang ader kat umah jer..heheheh...
Bahan-BahanLepas siap Pau nih... Seminggu minum petang ngan Pau Frozen nih.... Adoiiii....
Bahan A:
450 gm special pow flour (Hong Kong). Saya guna Tepung Pau
230 ml air
1 tbsp susu pekat manis
5 tsp yis segera - Mauripan
Banahn B:
300 gm special pow flour (Hong Kong). Saya guna Tepung Pau jugak
180 gm gula kastor
40 gm shortening
2 tbsp double baking powder (for pau)
1 tsp bread sorterner. Saya tak letak coz takder kt umah..hehehe..
Bahan C - larutkan:
100 ml air
1/2 tsp ammonium carbonate. Saya gantikan dengan 1/4 tsp baking powder + 1/4 soda baking soda. Refer kt >>sini<<
sedikit garam
Bahan D:
Inti - ikut citerasa sendiri. Saya guna kaya dan inti karipap ^_^
Cara-caranya:
- Satukan A, uli hingga jadi doh yang licin. Kemudian rehatkan doh selama 30 minit (doh akan mengembang).
- Selepas 30 minit, campurkan A dengan B dan C. Uli hingga jadi doh yang licin (jika guna mixer; speed no. 2 selama 15-20 minit).
- Rehatkan dan biar doh mengembang sekali lagi selama 30 minit (doh pau ini sangat ringan).
- Bahagikan doh kepada bebola kecil (saya bahagikan kepada 20 gm tiap satu).
- Masukkan inti, bulat-bulatkan atau punjutkan.
- Rehatkan sekali lagi hingga kembang selama lebih kurang 10-15 minit.
- Kukus selama 5-7 minit dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu (saya kukus dengan api sederhana).
- Untuk frozen pau: setelah pau dikukus, biarkan hingga betul-betul sejuk. Kemudian bekukan secara individu (pastikan pau tidak melekat antara satu sama lain). Bila dah beku, keluarkan dari fridge dan terus pek (jumlah per pek terpulang.. pau tidak akan melekat antara satu sama lain). Selepas dipek, terus disimpan sejuk-beku.
- Cara mengukus frozen pau: Panaskan pengukus, terus kukus pau tanpa perlu 'defrost' (api sederhana).
P/S: Kalau orang kat rumah tak ramai, Buat setengah adunan jer yer....Selamat mencuba!!
Just sharing what I've experienced...
No comments:
Post a Comment