Resepi Kek Coklat Kukus Lapis Cream Cheese


Rasa lamanya tak update entry pasal resepi masakan kan? nampak sangat dah lama tak cuba resepi baru.. hehehe... busy kerja + busy berjalan + study (study lah sangat ) ngeee~~~

Kali ni nak share resepi kek coklat kukus lapis cream cheese. Maaflah cream cheese kat picture tu berombak-ombak sebab time nk tuang lapis coklat yang kat atas tu, takde letrik. hahaha.. so tak perasan yang cheese tu tak berapa nak stabil. tu yang rupa cam ombak... heheehe..

Kek ni nak rasa sedap, makan time betul-betul sejuk. Baru nikmat ^_^.

Resepi saya guna resepi dari Mat gebu. Memang suka cedok resepi dia. Insyaallah semua menjadi jerk.. hehee.. kecuali kalau berlaku kesilapan teknikal macam saya la kan.. ehehe.. tapi rasa tetap owsem hehehe..

Jom layan resepi~~~

RESEPI KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE
Sumber: www.tiffinbiru.com

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT


  • 2 biji telur gred A
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 camca teh esen vanilla 
  • Sedikit garam
  • 1/2 cawan air panas mendidih
  • 1/2 cawan susu cair/susu segar (ada susu tepung anelene coklat, belasah je hehe.. )
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 3 camca besar serbuk koko*
  • 1 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)


BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE

  • 250 gram cream cheese (Dah terbeli yang 200gm so tibai je hehehe.. )
  • 60 gram gula halus
  • 1 biji telur grad A
  • 1 camca besar air
  • 1 camca besar tepung gandum


CARA MEMBUATNYA

UNTUK BAHAGIAN COKLAT 


  1. Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat.
  2. Masukkan esen vanilla dan garam, putar rata.
  3. Tambah air panas, susu cair dan minyak jagung, putar sebati.
  4. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan bertanda (*) tadi sedikir demi sedikit hingga habis, gaul hingga rata.
  5. Kemudian bagi dua sama banyak. Ketepikan sekejap.


UNTUK BAHAGIAN LAPIS CHEESE


  1. Putar cream cheese dengan gula halus hingga sebati dan berkrim.
  2. Masukkan telur, air dan tepung gandum, putar lagi hingga semua sebati dan licin.
  3. Ketepikan sekejap.


UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE


  1. Panaskan kukusan, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan berkertas minyak.
  2. Lenser juga kertas tadi. Tuang 1 bahagian adunan coklat, tutup permukaan tin dengan aluminium foil dan kukus dengan api sederhana kuat selama 20 minit. 
  3. Bila kek masak, tuang pula bahagian lapisan cheese, ratakan dan tutup kembali permukaan tin dengan aluminium foil dan sambung kukus 15 minit lagi. Dan akhir sekali tuang baki adunan coklat. Terus mengukus hingga masak. Make sure time nak tuang coklat tu, cream cheese dalam keadaan stabil ye.. 
  4. Kukus lebih kurang 20 minit ke 30 minit. Dah 20 minit tu, check tengah kek, kalau belum masak, sambung kukus sampai kek masak. Pastikan tutup dengan aluminum foil. Biar kek sejuk dan boleh keluarkan dari tin, boleh dipotong.
Just sharing what I've experienced...