Showing posts with label karipap. Show all posts
Showing posts with label karipap. Show all posts

Resepi karipap Roti

resepi karipap roti
Karipap Roti

Ni dia karipap roti... Mudah je nak buat... tak payah nak uli-uli tepung bagai.. heheh... Dah lama nak buat karipap ni. Dari bulan puasa haritu. Tapi takde masa nak buat.. hehe.. bulan puasa sebuk menjahit baju-baju peplum baby, tempahan untuk pakai raya.. hihi.. Kalau nak tempah peplum baby, boleh lah PM kt page FB ye. Klik je >>kat sini<< ( promosi sikit ^_^).

Jom layan resepi karipap roti yang mudah ni. 1 buku roti pon tak cukup.. heheh..

RESEPI KARIPAP ROTI

BAHAN-BAHAN


  • 1 Buku roti potong ( saya beli yang panjang, sebab ramai )
  • Inti kentang - Resepi kat bawah ( boleh ganti sardin kalau suka sardin )
  • Acuan karipap - Acuan yang besar ye... kang kecik membazir roti nanti..hihihi..
  • Minyak masak - untuk menggoreng
CARA MEMBUATNYA

  1. Lenyekkan roti. Tujuannya agar tak serap minyak semasa menggoreng.
  2. Letak roti kat tengah-tengah acuan. Macam nak buat karipap tu.
  3. Letak inti kentang kat tengah-tengah roti. Pastikan inti tak terkeluar dari klim karipap tu ye. Nanti roti mudah terbukak.
  4. Tutup acuan, tekan sikit kat bahagian atas klim acuan tu.


INTI KENTANG

  • 8 biji kentang, dipotong kiub
  • 1 biji bawang besar, dipotong halus
  • 2 ulas bawang putih, dipotong halus 
  • Daging kisar-ikut suka brape banyak nak guna (Tak letak pun takpe)
  • Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( boleh ganti ikan bilis. Nak mudah pakai kiub ikan bilis atau kiub ayam )
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus 

CARA MASAK INTI KENTANG

  1. Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus.
  2. Masukkan udang kering , tumiskan lagi sebentar dan masukkan kentang dan daging kisar.
  3. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam kentang.
  4. Masakkan sehingga kentang lembut. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api.

Selamat Menjamu Selera ^_^
Read more → Resepi karipap Roti

Resepi: Karipap Pusing

Karipap Pusing

Ini favourite saya... Sekian.. hehehe..

Jom layan resepi.. insyaallah menjadi dan sedap.. Inti dia saya hentam jer. tapi nak guna resepi kat bawah ni pon ok jgk.. ^_^


INTI KENTANG

8 biji kentang, dipotong kiub
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus 
daging kisar-ikut suka brape banyak nak guna
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk
3 sudu besar serbuk kari
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus 


- Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus.
- Masukkan udang kering , tumiskan lagi sebentar dan masukkan kentang dan daging kisar.
- Tambahkan air sehingga secukupnya merendam kentang.
- Masakkan sehingga kentang lembut. Perasakan dengan garam dan gula.
- Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api. 


BAHAN DOH

1. Doh minyak 
    300gm tepung gandum 
    secubit garam 
    1/4 cawan minyak masak. Saya guna butter yang dicairkan
    1/2 cawan air suam 

Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan 

2. Doh marjerin 
    150gm tepung gandum 
    100gm marjerin

Gaulkan marjerin sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan. 

Cara nak canai boleh tengok kat >>sini<< step by step dia tunjukkan..

Sedia untuk dimakan ^_^
Just sharing what I've experienced...

p/s: Kalau duduk berdua jer, better separuh adunan..
Read more → Resepi: Karipap Pusing