Resepi biskut mama carries


Kali ni nak share resepi biskut plak. Biskut mama carries. 1st time buat, alhamdulillah menjadi... ^_^. Dah jadi biskut wajib plak tiap-tiap raya mesti buat biskut mama carries ni.. heheh... dah 3 kali hari raya, tak lupa nak buat biskut nih..hohoho... jom layan resepi.. Next raya kalau ader rezeki boleh lah buat lagi.. (",)

BISKUT MAMA CARRIES
Sumber asal: myresipi.com/Lilydvalley

BAHAN-BAHAN ( 60-75 biji )

> 300gm mentega/marjerin
> 375gm tepung gandum
> 130gm tepung jagung
> 100gm gula icing
> 1/2 sudu teh esen vanila

UNTUK HIASAN

> 1 biji putih telur
> 100gm gula icing
> 1 sudu besar tepung jagung


CARA-CARA

1.  Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.

2. Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang.

3. Masukkan esen vanila.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.

5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart".

6. Sapukan HIASAN (sila lihat "HIASAN" di bawah) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek, gunakan penyunkil gigi.

7. Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah sahaja supaya hiasan tidak berwarna perang.


UNTUK HIASAN

1. Pukul putih telur hingga gebu. 

2. Masukkan gula & tepung. kacau sebati.

3. Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dengan pewarna atau emulco kegemaran.

4. Sapukan putih telur keatas biskut.

5. Lorekkan dengan adunan yang telah dicampur dengan pewarna/emulco.



TIPS HIASAN AGAR TIDAK RENGGANG

1. Sewaktu pukul putih telur dan gula, pukul sampai putih telur tersebut, kalau terbalikkan mangkuk, putih telur takkan terjatuh.
2. kemudian baru masukkan tepung. Hanya kacau perlahan sehingga rata. Tak perlu kacau kuat-kuat.

SELAMAT MENCUBA YER.. ^_^


No comments:

Post a Comment