[SPA] PEPERIKSAAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41 - 15 SEPTEMBER 2012

PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41 - 15 SEPTEMBER 2012


Kepada calon yang telah mendaftar permohonan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), boleh membuat Semakan Panggilan Peperiksaan tersebut disini.





Tahniah bagi yang berjaya menduduki peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat yang akan dijalan kan pada 15 September 2012 (Sabtu).

Walaupun dalam bulan syawal, banyak rumah terbuka perlu dikunjungi, jangan dijadikan alasan untuk tidak study bersungguh-sungguh bagi persediaan menghadapi peperiksaan ni ^_^.

Seperti peperiksaan jawatan-jawatan lain, peperiksaan ini mempunyai empat seksyen iaitu:

Seksyen A – Pengetahuan am.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C – Esei Bahasa Melayu.
Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris.

Peperiksaan ini penting untuk mengukur kematangan pemikiran anda agar sesuai dengan kualiti serta potensi sebagai seorang  Pegawai Pembangunan Masyarakat . Oleh itu, anda dinasihatkan tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.

Semasa hari peperiksaan anda perlu membawa:

1) surat panggilan menduduki peperiksaan.
2) Kad Pengenalan.
3) pensil 2B, pen dan pemadam lembut.
4) Peralatan yang difikirkan perlu (Kalkulator sama sekali tidak dibenarkan!!).

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan panduan dan contoh soalan, Team TipsPTD akan mengeluarkan pakej lengkap dan contoh soalan bermula 5 September sehingga 11 September 2012. ^_^




Just sharing what I've experienced...