Atas inisiatif LZS dengan kerjasama pihak Celcom dan Maxis, para pelanggan talian mudah alih daripada kedua-dua pelanggan syarikat berkenaan boleh membuat bayaran zakat fitrah melalui SMS. Bayarannya akan dikreditkan terus ke akaun pembayar zakat (pasca bayar) atau dipotong terus daripada akaun prabayar (pre-paid) mereka.
Penggunaan kemudahan ini adalah PERCUMA. Berikut adalah kaedah membuat bayaran menggunakan SMS.
2. Maxis : Taip *222*3# dan tekan DIAL serta ikuti arahan seterusnya.
Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat untuk tanggungan ataupun sebagai wakil. Resit bayaran zakat melalui SMS ini boleh dimuat turun dari laman berikut :
1. CELCOM di alamat http://mfitrah.celcom.net.my/mfitrah/
2. MAXIS di alamat http://www.maxis.com.my/mzakat/
Pembayaran hendaklah dibuat sebelum 18hb. Ogos 2012. Pembayaran hanya diterima sehingga 29 Ramadan 1433 Hijrah sehingga jam 6.00 petang sahaja untuk mengelakkan talian terlalu sibuk pada malam hari raya.
Sumber: www.e-zakat.com.my
PEMBAYARAN MELALUI AKAUN PERBANKAN INTERNET
Sila login ke akaun masing dan pilih zakat fitrah mengikut negeri masing masing
Maybank2u
CIMB
BankIslam
Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah seluruh Malaysia 2012 / 1433H.
LAFAZ ZAKAT FITRAH
Bagi Diri Sendiri
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggungan pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
Bagi Pihak
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi [Sebut nama bagi pihak] pada Tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala’.
WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya.
3.WAaktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan.
4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Sumber: http://www.e-zakat.com.my