Resepi: Simple beef steak dan sos lada hitam (blackpapper source)


RESEPI SIMPLE BEEF STEAK
Sumber Asal: My Resipi/dee iman

Bahan Perap:
。 4 - 5 keping daging steak @ daging batang pinang dipotong sekepin-sekeping.
。 2 sudu besar lada hitam biji *
。 1 inci halia *
。 5 ulas bawang putih *
。 2 sudu besar sos tiram
。 3 sudu besar kicap pekat
。 1 sudu kecil garam
。 4 - 5 sosej - jika suka


Cara-cara:

1. Bersihkan daging dan toskan.

2. Kisar bahan-bahan bertanda * dan campurkan dengan bahan perap yang lain. cucuk-cucuk daging dan sosej dengan garfu. Perap daging dan sosej bersama bahan perap selama semalaman.

3. Bakar daging dan sosej yang telah diperap sehingga masak (letakkan sebekas air di dalam oven untuk memastikan isi daging tidak terlalu keras selepas dibakar).


SOS LADA HITAM (BLACK PAPPER SOUCE)
Sumber: www.potretkasih.com

Bahan-bahan:

。 1 labu bawang besar ( potong dadu)
。 1 sudu besar mentega
。 2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
。 1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
。 3 sudu besar sos tiram
。 1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
。 1 sudu makan sos tomato atau sos chili
。 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
。 1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
。 Sedikit garam


Cara cara:

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.

2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.

3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan bersama beef steak dan sosej.

Just sharing what I've experienced...

5 comments:

  1. Luqman Collection: nanti boleh cuba yer.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Sgt mudah n cepat..sedap2..Dah wat..cam.kat kedai woo

    ReplyDelete
  3. Sgt mudah n cepat..sedap2..Dah wat..cam.kat kedai woo

    ReplyDelete
  4. Mudah n senang..sedap. .dah try..mabeles

    ReplyDelete