Resepi Agar-Agar Pelangi

Agar-Agar Pelangi

Share resepi lagi.. nampak tak kerajinan sekarang duduk di dapur? ( mcm riak tak? hehehe ) kali ni nak share resepi yang simple tapi ambil masa nak siapkan... huhuhu... kena penuh kesabaran ^_^

Jangan pelik ye dengan gambar kat atas tu.. Warna atas memang warna biru, yang putih tu bila agar-agar diterbalikkan... heheh... ape yang penting resepi ni dah berjaya dicuba... ^_^

Jom layan resepi kat bawah. Resepi kali ni telah di cedok dari blog yatiememories.blogspot.com.

RESEPI AGAR-AGAR PELANGI
Sumber: yatiememories.blogspot.com

BAHAN-BAHAN
( 22 cm )

Bahan A

  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1200 ml air
  • 200 gram gula
  • Pewarna- hijau, merah, kuning, biru, purple (Saya guna pink, orange, hijau dan biru)

Bahan B

  • 10 gm serbuk agar2
  • 400 ml santan
  • 800 ml air
  • 200 gram gula
  • 1/2 sudu teh garam 


CARA MEMBUATNYA


  1. Masak bahan A hingga hancur- kecuali warna
  2. Kemudian tapiskan  dan letak dalam mangkuk. Biarkan dalam bekas lain (kaedah double boiler) @ biarkan dgn api kecil
  3. Masak bahan B hingga hancur - kecuali santan & garam
  4. Dah masak, masukkn santan dan garam. Didihkan sekejap sahaja. Buat seperti bahan A - tapis dan letak dalam mangkuk. Biarkan dalam bekas lain ( double boiler) @ biarkan atas api kecil.
CARA MELAPIS


  1. Sukat 250 ml agar-agar (A) letak pewarna, masukan dalam loyang dan biarkan lebih kurang 5 minit @ agak keras
  2. Lapisan pertama dah agak keras, lorek-lorek permukaan agar-agar yang dah agak keras td dgn pisau supaya lapisan akan melekat. Sukat lagi 250 ml agar-agar (B) dan tuang dalam loyang. Biarkan lebih kurang 5 minit.
  3. Ulangi langkah 1 & 2 hingga habis. Setiap kali turn agar-agar (A) kena letak pewarna dan ikut sukalah nak letak warna apa.

Perlu diingatkan...... macam pesanan merbahaya je kan.. =.="

Jangan lupa setiap lapisan agar-agar (A) yang dah keras mesti dilorek-lorek dengan pisau supaya agar-agar (B) tetap clear warna putih santan ala-ala mcm kek lapis. Katakanlah korang tak nak melorek... berginilah akibatnya.....................

agar-agar pelangi lerai..huhuhu...

Comelkan lerai-lerai camtu.. kehkehkehkeh... Tapi dah lama sikit dalam peti sejuk, oklah.. boleh la potong macam dalam gambar mula-mula tu.. Tapi still boleh tanggal selapis-selapis.. huhuhu

Kalau tak suka manis sangat boleh adjust rasa dia. Sebab agak manis jugak agar-agar nie...

Saya buat separuh adunan je.. Cukuplah untuk makan 4 orang ^_^

Just sharing what I've experienced...

No comments:

Post a Comment