Resepi karipap Roti

resepi karipap roti
Karipap Roti

Ni dia karipap roti... Mudah je nak buat... tak payah nak uli-uli tepung bagai.. heheh... Dah lama nak buat karipap ni. Dari bulan puasa haritu. Tapi takde masa nak buat.. hehe.. bulan puasa sebuk menjahit baju-baju peplum baby, tempahan untuk pakai raya.. hihi.. Kalau nak tempah peplum baby, boleh lah PM kt page FB ye. Klik je >>kat sini<< ( promosi sikit ^_^).

Jom layan resepi karipap roti yang mudah ni. 1 buku roti pon tak cukup.. heheh..

RESEPI KARIPAP ROTI

BAHAN-BAHAN


  • 1 Buku roti potong ( saya beli yang panjang, sebab ramai )
  • Inti kentang - Resepi kat bawah ( boleh ganti sardin kalau suka sardin )
  • Acuan karipap - Acuan yang besar ye... kang kecik membazir roti nanti..hihihi..
  • Minyak masak - untuk menggoreng
CARA MEMBUATNYA

  1. Lenyekkan roti. Tujuannya agar tak serap minyak semasa menggoreng.
  2. Letak roti kat tengah-tengah acuan. Macam nak buat karipap tu.
  3. Letak inti kentang kat tengah-tengah roti. Pastikan inti tak terkeluar dari klim karipap tu ye. Nanti roti mudah terbukak.
  4. Tutup acuan, tekan sikit kat bahagian atas klim acuan tu.


INTI KENTANG

  • 8 biji kentang, dipotong kiub
  • 1 biji bawang besar, dipotong halus
  • 2 ulas bawang putih, dipotong halus 
  • Daging kisar-ikut suka brape banyak nak guna (Tak letak pun takpe)
  • Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( boleh ganti ikan bilis. Nak mudah pakai kiub ikan bilis atau kiub ayam )
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus 

CARA MASAK INTI KENTANG

  1. Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus.
  2. Masukkan udang kering , tumiskan lagi sebentar dan masukkan kentang dan daging kisar.
  3. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam kentang.
  4. Masakkan sehingga kentang lembut. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api.

Selamat Menjamu Selera ^_^

No comments:

Post a Comment