[SPA] Peperiksaan Akauntan gred W41 - 4 Ogos 2012

AKAUNTAN W41 - 4 OGOS 2012




Kepada calon yang telah mendaftar permohonan Jawatan Akauntan gred W41 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), boleh membuat Semakan Panggilan Peperiksaan tersebut disini.





Tahniah bagi yang berjaya menduduki peperiksaan Akauntan yang akan dijalan kan pada 4 Ogos 2012 (Sabtu).


Walaupun dalam bulan puasa yang agak meletihkan, jangan dijadikan alasan untuk tidak study bersungguh-sungguh bagi persediaan menghadapi peperiksaan ni ^_^.


Seperti peperiksaan jawatan-jawatan lain, peperiksaan ini mempunyai empat seksyen iaitu:


Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris


Peperiksaan ini penting untuk mengukur kematangan pemikiran anda agar sesuai dengan kualiti serta potensi sebagai seorang akauntan gred W41. Oleh itu, anda dinasihatkan tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.


Semasa hari peperiksaan anda perlu membawa:


1) surat panggilan menduduki peperiksaan.
2) Kad Pengenalan.
3) pensil 2B, pen dan pemadam lembut.
4) Peralatan yang difikirkan perlu (Kalkulator sama sekali tidak dibenarkan!!).


Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan panduan dan contoh soalan, Team TipsPTD akan mengeluarkan pakej lengkap dan contoh soalan bermula 25 Julai sehingga 31 Julai 2012. ^_^


Just sharing what I've experienced...