Panduan Temuduga Dpli J-QAF 12 Nov - 22 Nov 2012



Saya mendapat berita bahawa result peperiksaan DPLI-Mtest telah diumumkan pada 12 Oktober 2012.

Tahniah untuk yang berjaya dalam peperiksaan tersebut. Ini juga bermakna, surat panggilan temuduga DPLI J-QAF juga telah diterima atau boleh juga membuat semakan secara online disni.

Website: Semakan online temuduga DPLI J-QAF

Untuk makluman, temuduga kali ini, ianya berlangsung dari 12 Nov - 22 November 2012. Ya! Itulah hari yang bakal berlangsungnya temuduga DPLI J-QAF.

Dimaklumkan, pihak kerajaan memerlukan 13 ribu guru DPLI J-QAF untuk sekolah rendah! Ya, terdapat banyak kekosongan untuk diisikan. Ramai yang berpotensi untuk berjaya mendapatkan jawatan ini.

Buat yang dipanggil menghadiri temuduga nanti, saya ucapkan selamat berjaya. Buatlah persiapan
sebaiknya.

Jika anda ingin menjadikan persiapan anda lebih baik, satu panduan temuduga khas untuk DPLI J-QAF ada di pasaran. Satu panduan lengkap yang mampu membantu calon mempersiapkan diri dalam menghadapi temuduga kelak.


En. Kamarul Hizam telah menyediakan panduan lengkap buat calon yang ingin berjaya dalam temuduga tersebut. Layari http://www.kplij-qaf.com untuk mendapatkankanya.

Dah dapatkannya, study betul-betul. Insyallah persiapan yang dilakukan dengan baik bakal memberikan kejayaan buat anda.


Just Sharing what I've experienced...
Read more → Panduan Temuduga Dpli J-QAF 12 Nov - 22 Nov 2012

Resepi biskut mama carries


Kali ni nak share resepi biskut plak. Biskut mama carries. 1st time buat, alhamdulillah menjadi... ^_^. Dah jadi biskut wajib plak tiap-tiap raya mesti buat biskut mama carries ni.. heheh... dah 3 kali hari raya, tak lupa nak buat biskut nih..hohoho... jom layan resepi.. Next raya kalau ader rezeki boleh lah buat lagi.. (",)

BISKUT MAMA CARRIES
Sumber asal: myresipi.com/Lilydvalley

BAHAN-BAHAN ( 60-75 biji )

> 300gm mentega/marjerin
> 375gm tepung gandum
> 130gm tepung jagung
> 100gm gula icing
> 1/2 sudu teh esen vanila

UNTUK HIASAN

> 1 biji putih telur
> 100gm gula icing
> 1 sudu besar tepung jagung


CARA-CARA

1.  Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.

2. Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang.

3. Masukkan esen vanila.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.

5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart".

6. Sapukan HIASAN (sila lihat "HIASAN" di bawah) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek, gunakan penyunkil gigi.

7. Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah sahaja supaya hiasan tidak berwarna perang.


UNTUK HIASAN

1. Pukul putih telur hingga gebu. 

2. Masukkan gula & tepung. kacau sebati.

3. Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dengan pewarna atau emulco kegemaran.

4. Sapukan putih telur keatas biskut.

5. Lorekkan dengan adunan yang telah dicampur dengan pewarna/emulco.



TIPS HIASAN AGAR TIDAK RENGGANG

1. Sewaktu pukul putih telur dan gula, pukul sampai putih telur tersebut, kalau terbalikkan mangkuk, putih telur takkan terjatuh.
2. kemudian baru masukkan tepung. Hanya kacau perlahan sehingga rata. Tak perlu kacau kuat-kuat.

SELAMAT MENCUBA YER.. ^_^


Read more → Resepi biskut mama carries

Borang BR1M 2.0 permohonan baru


Pendaftaran Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) kini bermula. Daftar secara atas talian untuk urusan yang lebih mudah, cepat dan percuma. Pendaftaran dibuka sehingga 31 DISEMBER 2012. Jom isi borang... ^_^

Untuk kali ini, bukan sahaja untuk isi rumah yang boleh dapat, malah untuk individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas pun layak yer....

SYARAT KELAYAKAN

1. Isi rumah yang layak (RM500): 
          (i) Warganegara Malaysia;
          (ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah. Ianya merangkumi:
                     > Berkahwin;
                     > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
                     > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
          (iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.




2. Individu yang layak (RM250): 
          (i) Warganegara Malaysia;
          (ii) Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
                  > Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
     
Pemohon yang memenuhi syarat-syarat seperti diatas bolehlah mengisi borang secara online atau pun mengemukakan borang yang lengkap ke LHDN.

Borang online: https://ebr1m.hasil.gov.my/
Panduan mengisi secara online: Panduan Sistem Dalam Talian 
Borang Manual: Borang BR1M manual 

Penerima BR1M sebelum ini perlu mendaftar semula (Kemaskini Maklumat) jikalau bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah untuk membolehkan mereka menerima bantuan
***Permohonan yang berjaya sahaja yang boleh membuat tuntutan***





Read more → Borang BR1M 2.0 permohonan baru