[SPA] PEPERIKSAAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41 - 15 SEPTEMBER 2012

PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41 - 15 SEPTEMBER 2012


Kepada calon yang telah mendaftar permohonan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), boleh membuat Semakan Panggilan Peperiksaan tersebut disini.





Tahniah bagi yang berjaya menduduki peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat yang akan dijalan kan pada 15 September 2012 (Sabtu).

Walaupun dalam bulan syawal, banyak rumah terbuka perlu dikunjungi, jangan dijadikan alasan untuk tidak study bersungguh-sungguh bagi persediaan menghadapi peperiksaan ni ^_^.

Seperti peperiksaan jawatan-jawatan lain, peperiksaan ini mempunyai empat seksyen iaitu:

Seksyen A – Pengetahuan am.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C – Esei Bahasa Melayu.
Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris.

Peperiksaan ini penting untuk mengukur kematangan pemikiran anda agar sesuai dengan kualiti serta potensi sebagai seorang  Pegawai Pembangunan Masyarakat . Oleh itu, anda dinasihatkan tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.

Semasa hari peperiksaan anda perlu membawa:

1) surat panggilan menduduki peperiksaan.
2) Kad Pengenalan.
3) pensil 2B, pen dan pemadam lembut.
4) Peralatan yang difikirkan perlu (Kalkulator sama sekali tidak dibenarkan!!).

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan panduan dan contoh soalan, Team TipsPTD akan mengeluarkan pakej lengkap dan contoh soalan bermula 5 September sehingga 11 September 2012. ^_^




Just sharing what I've experienced... 
Read more → [SPA] PEPERIKSAAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41 - 15 SEPTEMBER 2012

Resepi mee kari simple


Time awal-awal berpuasa, rasa teringin nak buat mee kari. Mujurlah office dekat jer dengan rumah. Balik kerja pukul 6 petang terus masuk dapur buat mee kari... heehe.. Dapat jugak makan mee kari buatan sendiri  untuk berbuka puasa walaupun cuma mee kari simple jerk... ^_^.

Resepi dapat dari periukbelangazarin.blogspot.com memang terbaik~~~ 

RESEPI MEE KARI
Untuk 2 - 4 orang

BAHAN KUAH   
> beberapa ketul ayam di potong kecil 
> 10 - 15 ekor udang, dibersihkan (tak letak udang)
> fish ball
> fish cake 
> 1 kotak santan di campur air sebanyak 1-2 cawan (ikut suka nak pekat mana ye!) 
> 1 paket kecil rempah kari daging/ayam baba’s  di campur sedikit air


BAHAN A
> 3 biji bawang merah, diblend 
> 2 ulas bawang putih, diblend 
> 1 batang kayu manis 
> 1 kuntum bunga lawang 
> 2 biji buah pelaga (tak letak jugak)
> 2 kuntum bunga cengkih
> 5 biji cili kering di blend bersama bawang putih dan bawang merah (nak pedas tambah cili kering lagi)
> 2 biji buah keras di tumbuk halus (tak letak jugak)


BAHAN LAIN
> 1 kg mee kuning, cuci, dan celur sekejap, toskan 
> Taugeh, dicelur sekejap 
> sawi di celur sekejap 
> taupok 
> Bawang goreng  
> Belahan limau kasturi


CARA CARA

1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan A sehingga harum.

2. Kemudian masukkan bahan-bahan rempah kari dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api perlahan.

3. Masukkan ayam, kacau rata dan biar kecut sekejap, masukkan udang dan kemudian masukkan santan biar hampir mendidih.

4. Masukkan fish cake dan fish ball.

5. Bila mendidih, masukkan garam dan rasa lah sedap ke tidak.


Bila nak makan nanti, tuangkan kuah ke atas mee yang telah di hias dengan taugeh, sawi, taupok dan bawang goreng. boleh perah limau kasturi kalau nak lagi sedap.. ^_^

Just sharing what I've experienced...

Read more → Resepi mee kari simple

Cara bayar zakat fitrah guna sms dan online


PEMBAYARAN MELALUI SMS

Atas inisiatif LZS dengan kerjasama pihak Celcom dan Maxis, para pelanggan talian mudah alih daripada kedua-dua pelanggan syarikat berkenaan boleh membuat bayaran zakat fitrah melalui SMS. Bayarannya akan dikreditkan terus ke akaun pembayar zakat (pasca bayar) atau dipotong terus daripada akaun prabayar (pre-paid) mereka.

Penggunaan kemudahan ini adalah PERCUMA. Berikut adalah kaedah membuat bayaran menggunakan SMS.


1. CELCOM : Taip FITRAH dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya.

2. Maxis : Taip *222*3# dan tekan DIAL serta ikuti arahan seterusnya.

Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat untuk tanggungan ataupun sebagai wakil. Resit bayaran zakat melalui SMS ini boleh dimuat turun dari laman berikut :

1. CELCOM di alamat http://mfitrah.celcom.net.my/mfitrah/
2. MAXIS di alamat http://www.maxis.com.my/mzakat/

Pembayaran hendaklah dibuat sebelum 18hb. Ogos 2012. Pembayaran hanya diterima sehingga 29 Ramadan 1433 Hijrah sehingga jam 6.00 petang sahaja untuk mengelakkan talian terlalu sibuk pada malam hari raya.

Sumber: www.e-zakat.com.my



PEMBAYARAN MELALUI AKAUN PERBANKAN INTERNET

Sila login ke akaun masing dan pilih zakat fitrah mengikut negeri masing masing

Maybank2u
CIMB
BankIslam

Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah seluruh Malaysia 2012 / 1433H.



LAFAZ ZAKAT FITRAH


Bagi Diri Sendiri
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku pada Tahun ini kerana Allah Taala’.

Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggungan pada Tahun ini kerana Allah Taala’.

Bagi Pihak
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi [Sebut nama bagi pihak] pada Tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala’.




WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH


1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya.

3.WAaktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan.

4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.

5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Sumber: http://www.e-zakat.com.my




Read more → Cara bayar zakat fitrah guna sms dan online

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan



Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,[1]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?[2]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.[3]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);[4]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar![5]
(Terjemahan Surah Al-Qadr ayat 1 - 5)

Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T. 

Oleh itu, umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut.

Lailatul Qadar juga adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya.

Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

p/s: ♥~ ShArInG iS CaRiNg ~♥





Read more → Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan