PerMohOnaN MenGikuTi PrOgrAm DPLI AmbiLaN JuLai 2011

Khas buat kawan2 saya yang bercita-cita nak jadi cikgu terutamanya Lai.. hehehe.. boleh lah layari laman web UPU. Tarikh tutup permohonan pada 14 Mac 2011. Sebelum korang mohon pastikan korang minat dan memenuhi syarat2 seperti berikut:


PROGRAM YANG DITAWARKAN 

UIAM
TESTL
UPSI
Perlancongan

Bahasa Kadazan / Dusun

Bahasa Iban

TESTL

Ekonimi rumah tangga

Perdagangan & keusahawanan
UiTM
TESTL

Perdagangan & keusahawanan



SYARAT

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon metilah berumur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2011 iaitu pada atau selepas 28 Jun 1976.
  • Pemohon yang memohon perlu memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Semak disini.
  •  
KELAYAKAN MEMOHON
  • Lulus ijazah sarjana muda dengan kepujian dari IPTA tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.75.
           atau
  • Kelayakan2 lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh senat universiti.
         dan
  • Lulus SPM/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia kertas Julai.
         dan
  • Lulus matepelajaran Matematik/Matematik tambahandi peringkat SPM atau Matematik kertas Julai.
          dan
  • Lulus ujian Malaysian Selection Inventory (MedSI) dan lulus temu duga serta diperaku oleh panel penemu duga.


    KAEDAH PERMOHONAN
  • Permohonan adalah melalui aplikasi dalam talian. disini.
  • Pemohon WAJIB mencetak maklumat pemohonan IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 18 Mac 2011 berserta salinan dokumen yang perlu disahkan kepada IPTA seperti berikut:
                 - Maklumat Pemohonan
                 - Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon
                 - Salinan Sijil Kelahiran Calon
                 - Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa (calon yang memohon ke UiTM
sahaja)
                 - Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan
                 - Salinan Transkrip Akademik yang lengkap dan telah di sahkan oleh senat.
                 - Salinan Sijil SPM.


PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID MELALUI BSN
  • Boleh beli di kaunter @ mesin ATM/SMS banking ( bagi yang ader GIRO je yer..)
  • No acc 14100-29-83030691-5( bukan acc aku tau.. hehehehe..)
  • Bayaran RM20.60 (RM0.60 bayaran perkhidmatan bank)

maklumat lanjut korang boleh layari disini.

Meh ramai-mai mohon yer...

p/s: TQ Alienelliz sebab ajar wat blockquote. nanti angah belanje kek cekelat eh.. (",)