Resepi Murtabak Megi Dengan Pemanggang Ajaib

Murtabak Megi

Alhamdulillah hari ini dah 7 Ramadhan 1434H ^_^. Dengan rajinnya saya nak share resepi ringkas, mudah dan menjimatkan masa...


RESEPI MURTABAK MEGI DENGAN PEMANGGANG AJAIB
Sumber: pemanggang-ajaib.com

BAHAN-BAHAN


  • 2 paket meggi – direbus sehingga lembut, ditos dan dibuang airnya
  • 1 biji cili merah – dihiris nipis
  • 1 biji cili hijau – dihiris nipis
  • 1 pokok daun ketumbar atau daun bawang
  • 1 ketul daging ayam baki semalam (digoreng/dibakar/sup) Saya guna chicken meatball yang diparut
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • perencah megi
  • 4 biji telur – pecahkan ke dalam mangkuk
  • garam secukupnya Tak letak pun sebab perencah megi kari dah masin

CARA MEMBUATNYA

  1. Pukul telur, kemudian campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
  2. Masukkan ke dalam pemanggang ajaib yang telah dipanaskan dan bakar guna api kecil selama lebih kurang 25 minit.
  3. Balik-balikkan untuk garing kedua-dua bahagian.
  4. Siap untuk dihidangkan ketika masih panas.
  5. Potong mengikut kesukaan dan makan dengan sos atau jeruk bawang merah! Cubalah ^_^

No comments:

Post a Comment