Karipap Roti |
Ni dia karipap roti... Mudah je nak buat... tak payah nak uli-uli tepung bagai.. heheh... Dah lama nak buat karipap ni. Dari bulan puasa haritu. Tapi takde masa nak buat.. hehe.. bulan puasa sebuk menjahit baju-baju peplum baby, tempahan untuk pakai raya.. hihi.. Kalau nak tempah peplum baby, boleh lah PM kt page FB ye. Klik je >>kat sini<< ( promosi sikit ^_^).
Jom layan resepi karipap roti yang mudah ni. 1 buku roti pon tak cukup.. heheh..
RESEPI KARIPAP ROTI
BAHAN-BAHAN
- 1 Buku roti potong ( saya beli yang panjang, sebab ramai )
- Inti kentang - Resepi kat bawah ( boleh ganti sardin kalau suka sardin )
- Acuan karipap - Acuan yang besar ye... kang kecik membazir roti nanti..hihihi..
- Minyak masak - untuk menggoreng
CARA MEMBUATNYA
- Lenyekkan roti. Tujuannya agar tak serap minyak semasa menggoreng.
- Letak roti kat tengah-tengah acuan. Macam nak buat karipap tu.
- Letak inti kentang kat tengah-tengah roti. Pastikan inti tak terkeluar dari klim karipap tu ye. Nanti roti mudah terbukak.
- Tutup acuan, tekan sikit kat bahagian atas klim acuan tu.
INTI KENTANG
- 8 biji kentang, dipotong kiub
- 1 biji bawang besar, dipotong halus
- 2 ulas bawang putih, dipotong halus
- Daging kisar-ikut suka brape banyak nak guna (Tak letak pun takpe)
- Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( boleh ganti ikan bilis. Nak mudah pakai kiub ikan bilis atau kiub ayam )
- 3 sudu besar serbuk kari
- Garam dan gula secukup rasa
- Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus
CARA MASAK INTI KENTANG
- Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus.
- Masukkan udang kering , tumiskan lagi sebentar dan masukkan kentang dan daging kisar.
- Tambahkan air sehingga secukupnya merendam kentang.
- Masakkan sehingga kentang lembut. Perasakan dengan garam dan gula.
- Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api.
Selamat Menjamu Selera ^_^